Awas!!! Wabak Rotavirus!!

Wabak Rotavirus dikatakan mudah merebak.

Jika lewat mendapat rawatan, mereka yang dijangkiti khususnya kanak-kanak boleh menemui ajal.

DATUK DR MAH HANG SOON/EXCO PERAK
"Jadi untuk kebiasaan Rotavirus merebak melalui oral - najis masuk mulut, keluar najis - ia boleh merebak dari manusia ke manusia walaupun saya dimaklumkan binatang lain - burung, kerbau, lembu, kambing atau sebagainya."

Justeru tegasnya, orang ramai perlu mengambil pelbagai langkah tambahan khususnya berkaitan  kesihatan dan kebersihan, antaranya memasak air sebelum diminum, membersih tangan terutama sebelum dan selepas makan serta ke tandas.

Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi, mereka perlu kerap membersih peralatan makanan dan minuman anak masing-masing.

Sementara itu,  Jabatan Kesihatan Perak belum dapat mengesan punca wabak itu merebak namun daripada siasatan awal, ia dikatakan berpunca daripada air tercemar.
mak seyh koz da sudi bace!! (:

No comments:

Post a Comment