CETAK ROMPAK


CETAK ROMPAK
DEFINISI
Cetak rompak (atau pencabulan hakcipta) bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi undang-undang hakcipta tanpa izin, maka mencabuli salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli, seperti hak untuk mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang dihakcipta, atau menghasilkan karya hasilan yang berasaskan karya yang dihakcipta itu.
PUNCA BERLAKUNYA CETAK ROMPAK

1.  sifat tamak haloba pengusaha haram.

-       kegiatan penjualan cetak rompak boleh mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda
-       pengusaha haram ini juga menikmati ihsan barang tulennya dari segi publisiti dan iklan.
-        tidak perlu untuk membayar royalti kepada pihak pereka atau pencipta asal.
-       mereka menikmati keuntungan yang besar

2.  kelonggaran dan penguatkuasaan undang-undang.

-       Pentadbiran bagi akta reka cipta dan bentuk masih ada kelemahannya.
-       akta hak intelek juga tidak dapat dikuatkuasakan sepenuhnya
-       bentuk hukuman yang dijatuhkan adalah ringan.
-serbuan jarang dijalankan kerana kekurangan kakitangan untuk membantu membanteras masalah ini.
-        perbicaraan di mahkamah pula lazimnya mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan.

3.  permintaan yang tinggi terhadap barang sedemikian.

-       pengguna lebih gemar membeli lantaran harganya yang murah.
-       dapat memenuhi cita rasa pengguna yang kurang mampu
-            bagi pihak pengguna,produk perisian komputer sangat mahal harganya di pasaran  dunia.akibatnya,pengguna lebih suka membeli barangan tiruan atau cetak rompak.

4.  Kecanggihan teknologi juga menjadi pendorong.

-       alatan berteknologi canggih membolehkan barang tiruan dihasilkan

-       melalui alatan yang canggih inilah yang menyebabkan barang cetak rompak dan tiruan sukar dibezakan daripada barang asal.

-     alat perakam yang canggih juga meningkatkan produktiviti cetak rompak.

KESAN KEGIATAN CETAK ROMPAK

1.  kegiatan ini akan merugikan pihak pengeluar yang sah.

-       syarikat rakaman video dan lagu kaset yang sah ,usaha dan titik peluh mereka tidak mendatangkan keuntungan
-       artis seni suara dan seni lakon tidak akan dapat menikmati hasil mereka selepas bersusah payah menyediakan yang original.
-       bukan pengeluar sahaja yang rugi,malah pakar perisian komputer juga mengalami kerugian yang besar.

2 .  iklim pelaburan malaysia akan terjejas.

-       pengusaha teknologi maklumat tidak mahu melabur di malaysia lagi
-       kos pelaburan tinggi tetapi pulangan tidak meyakinkan.
-       lebih malang lagi,kemungkinan para saintis tidak begitu giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan (r & d) di malaysia kerana,mereka takut hasil usaha mereka akan dicetak rompak dengan mudah.

3.  Mutu perfileman negara terjejas.

-       masalah daripada barang cetak rompak akan menyebabkan yang original akan menerima tempias yang sama apabila barangan cetak rompak mengalami kerosakan.
-       lebih teruk lagi jika negara luar yang melihat keadaan ini berlaku di Malaysia dan menyebabkan mereka tidak mengiktiraf filem yang dihasilkan oleh negara kita.

4.  ekonomi negara terjejas.

-       menyebabkan masyarakat di dalam negara kita membeli barangan tersebut lantaran harganya yang murah.
-       hal ini boleh menyebabkan negara kita mengalami kurang pendapatan daripada perbuatan pengusaha haram yang mementingkan diri sendiri ini.
-       kerajaan mengalami kestabilan ekonomi yang tidak konsisten.

LANGKAH MENGATASI KEGIATAN CETAK ROMPAK

1.   penguatkuasaan undang-undang.

-       serbuan dan tangkapan yang lebih kerap dan konsisten perlu dilakukan tanpa mengira musim.
-       akta hak cipta 1987 dan akta perihal dagangan 1972 perlu dipinda agar hukuman yang lebih berat boleh dikenakan kepada penjenayah professional
-       mereka akan menjadi gentar untuk memulakan kegiatan ini.manakala,mereka yang ditangkap pasti berasa serik dan takut.

2.  perubahan sikap manusia

-       wujud kesedaran di kalangan anggota penguat kuasa.
-       mereka yang insaf dengan tanggungjawab dan amanah ini tidak mudah tewas dengan suapan atau pujuk rayu.dengan pendirian yang tegas dan berdisiplin,
-       kursus kesedaran dan disiplin perlu sentiasa dianjurkan untuk penguatkuasa.

3.  membina pusat percetakan di dalam negara.

-       mbina pusat percetakan di dalam negara.
-       mencetak di dalam negara akan menurunkan harga barangan tulen.harga yang berpatutan akan menggalakkan pembeli memilih barangan tulen berbanding dengan barangan tiruan.

4.  melaksanakan hukuman penjara mandatori.

-       Kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna  melaksanakan hukuman penjara mandatori terhadap mana-mana pengedar dan penjual cakera padat(vcd)`dan cakera video digital(dvd) cetak rompak.
-       pengusaha tidak takut kepada pihak penguatkuasa atau undang-undang.syrikat yang terbabit mencetak dan mengedar cakera padat video dan dvd haram hanya akan dikenakan denda maksimum rm250000 berbanding dengan keuntungan mereka yang bernilai berjuta-juta ringgit.
-       hukuman yang terlalu ringan adalah faktor utama kegiatan menjual produk haram ini masih berleluasa.

mak seyh koz da sudi bace!! (: